Syaza Travel & Tours
Upah Haji 2019

Upah Haji

Di manalah syurga kalau bukan di bawah tapak kaki seorang ibu.
Apalah erti pengorbanan kalau bukan seorang ayah yang membanting tulang seharian demi mencari sesuap nasi.
Sibuk menjamin kesejahteraan keluarga, mereka mengorbankan peluang mereka untuk berkunjung ke Tanah Suci.
Segalanya demi mendahulukan perbelanjaan untuk anak-anak yang dikasihi.
Apabila usia mereka sudah sampai ke waktu senja, mereka sudah tidak lagi punyai kudrat atau masa untuk menjalankan ibadat Haji mahupun umrah.
Kemudian mereka pergi menghadap Yang Esa, sebelum sempat mereka merasai kemanisan beribadat di Tanah Suci.
Sebagai anak yang soleh atau solehah, kita perlulah memastikan kesejahteraan mereka di akhirat kelak.
Dengan upah Haji, dapatlah kita membantu mereka untuk melengkapkan rukun Islam yang ke lima walaupun setelah mereka pergi meninggalkan kita.
Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman.

InsyaAllah.

Apa Itu Upah Haji atau Badal Haji?

Upah haji bermaksud melakukan ibadah haji bagi pihak orang lain. Upah haji ini harus dilakukan sekiranya seseorang itu telah memenuhi syarat-syarat wajib menunaikan haji, tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana sebab-sebab tertentu. Hajinya boleh ditunaikan oleh warisnya atau orang lain. Di antara sebab yang mengharuskan haji diwakilkan kepada orang lain ialah;

  1. Meninggal Dunia - Seseorang yang telah memenuhi syarat wajib menunaikan haji tetapi tidak melaksanakannya tanpa sebarang halangan atau uzur syar’ie kemudian dia meninggal dunia, kewajipan haji tetap tidak gugur. Ibadah hajinya hendaklah ditunaikan oleh warisnya atau orang lain.
     
  2. Tidak Mempunyai Keupayaan Fizikal - Orang yang sakit tidak ada harapan sembuh, tua dan sebagainya. Orang lelaki atau perempuan harus menjadi wakil kepada orang lain untuk menunaikan haji, tetapi mereka disyaratkan menunaikan hajinya terlebih dahulu. Orang yang mengupah haji itu boleh tediri daripada orang yang hidup tetapi uzur atau warisnya bagi yang telah meninggal dunia.

Hikmah Melakukan Badal Haji

  1. Memberi peluang kepada orang sakit yang tidak ada harapan sembuh dapat mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya.
     
  2. Orang tua yang hilang upaya dapat mengupah orang lain menegerjakan haji bagi pihaknya.
     
  3. Memberi peluang kepada anak atau ahli keluarganya berbakti kepada ibu bapa atau keluarga yang telah meninggal dunia.

Hukum Pelaksanaan Badal Haji

Hukumnya diharuskan oleh Syarak menurut jumhur fuqaha berdasarkan hadith daripada Nabi ﷺ:

– حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ أَبِي بِشْرٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ -رضي الله عنهما-: “أَنَّ امْرَأَةً مِنْ جُهَيْنَةَ جَاءَتْ إِلَى النَّبِيِّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَقَالَتْ: إِنَّ أُمِّي نَذَرَتْ أَنْ تَحُجَّ فَلَمْ تَحُجَّ حَتَّى مَاتَتْ، أَفَأَحُجُّ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ حُجِّي عَنْهَا، أَرَأَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَى أُمِّكِ دَيْنٌ أَكُنْتِ قَاضِيَةً؟ اقْضُوا اللَّهَ، فَاللَّهُ أَحَقُّ بِالْوَفَاءِ”.

Maksudnya: Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA : Seorang wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah ﷺ dan berkata: “Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, apakah aku perlu menunaikan haji bagi pihaknya?”. Jawab Baginda : “Ya,tunaikanlah haji untuknya. Apa pandangan kamu kalau ibu kamu berhutang, apakah kamu perlu melunaskannya?”. Jawabnya : “Ya”. Sabda Baginda : “Tunaikanlah hutang Allah dan hutang Allah lebih berhak untuk dilunaskan.


“PAHALA SEORANG ANAK YANG MENGERJAKAN UPAH HAJI UNTUK KEDUA ORANG TUANYA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA.”

Dari Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak kedua ibubapanya atau melunaskan hutang mereka maka dia akan dibangkitkan di Hari Kiamat bersama dengan Al-Abrar (orang-orang yang dekat dengan Allah swt).

Dari Jabir bahawa Rasulullah SAW bersabda, Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak ayahnya atau ibunya maka dia telah menyempurnakan Hajinya dan mendapat pahala sepuluh Haji.

Dari Zaid bin Arqam bahawa Rasulullah SAW bersabda, Apabila seorang lelaki itu mengerjakan Haji untuk kedua ibubapanya maka akan diterima ibadah Haji tersebut dari dia dan dari kedua ibubapanya serta disampaikan berita gembira kepada roh ibubapanya dan ditulis di sisi Allah sebagai satu kebajikan.

Hadis ini bermaksud anak tersebut mengerjakan haji sebanyak dua kali, sekali untuk ayahnya dan sekali untuk ibunya maka dia dapat melunaskan kewajipan Haji ibu dan bapanya serta dia mendapat pahala dari ibadah hajinya itu.

Siapa yang bakal membantu dalam melaksanakan Badal Haji?

Upah Haji dan Umrah ini dilaksanakan oleh ustaz-ustaz yang berpengalaman luas  melakukan ibadah badal haji serta penduduk yang bermaustautin di MEKAH AL-MUKARAMAH.dan  pelajarr-pelajar Islam di Madinah dan Mekkah.

Cenderahati

Dengan mengambil pakej ini, anda akan menerima :

★ 1) Sijil Badal Haji
★ 2) Air Zamzam (2 liter)
★ 3) Sejadah Berkualiti
★ 4) Serban / Tudung Kepala
★ 5) Minyak Attar

Yang boleh dipos ke alamat waris setelah selesai semua urusan dilaksanakan.( Kecuali air zam-zam)
Juga apabila selesai melaksanakan upah haji & umrah haji, Satu Tahlil dan Kenduri Arwah untuk semua arwah2 yang diupah melalui mereka akan diadakan di kediaman/penginapan Ustaz.

Kenapa Pilih Perkhidmatan Badal Haji Kami?

Kami di Syaza Travel & Tours Sdn Bhd ada menyediakan perkhidmatan upah haji bagi ahli-ahli waris yang ingin menunaikan tanggungjawab mereka. Waris-waris Umat Islam yang berhajat untuk membuat tempahan Upah Haji dan Umrah Haji bagi tahun Hijrah 1440 / Tahun Masihi 2019 dan PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG.

Hanya RM2,000 Sahaja ( untuk satu nama ) untuk upah haji 2019. Bayaran Pendahuluan RM500 semasa mendaftar dan baki bayaran sebelum bermulanya Musim Haji.

Bagaimana Cara Mendaftar?

★ Boleh dilakukan secara online di lelaman  www.syazatravel.com.my
★ Daftar di Pejabat kami di Ampang. Selangor atau Kota Bharu, Kelantan.
★ Anda juga boleh hubungi Wakil Jualan kami diseluruh negara.
★ Sila hubungi kami di talian +603 4296 2019  / +6011 400 16878

Apa Dokumen Yang Diperlukan?

Untuk Badal Haji kami perlukan nama simati, no kad pengenalan dan nama ibu simati

Semoga Allah s.w.t menerima Ibadah Badal Haji tersebut serta mengabulkan segala doa-doa yang disampaikan dan menempatkan Almarhum / Almarhumah dikalangan para Nabi serta orang-orang Soleh & Solehah di Syurga kelak.

Amin Ya Rabbal A’lamin.

Anda boleh gunakan borang pendaftaran Upah Haji atau Upah Umrah secara online dengan menekan butang dibawah


Kami Diiktiraf Oleh

  • IATA
  • MATTA
  • BUMITRA
  • Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL)
  • Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
  • Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR)
  • Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU)
  • Kementeriam Haj dan Umra Arab Saudi
  • Malaysia Truly Asia
  • Tourism Malaysia
  • PAPUH Malaysia
ISO 9001

Agensi Pelancongan Yang Bertaraf
ISO 9001:2008

Kepuasan pelanggan adalah fokas utama kami untuk meneroka setiap perubahan yang baru bagi memastikan mutu perkhidmatan kami sentiasa diyakini.

Kaedah Pembayaran
  • VISA
  • MasterCard
  • Maybank2u
  • CIMB Cliks
  • MOLPay
  • FPX
  Jom Langgani Newsletter Kami
Jadilah antara yang terawal untuk mendapat segala Promosi Pelancongan dan Umrah..