Syaza Travel & Tours
Jom Kembara Kembara Kumpulan FIT Tour Pakej Pelayaran Islamik

BLOG

KAD MEDIC PILGRIM

21-03-2019    Blog

MEDIC PILGRIM adalah perkhidmatan medikal dan darurat, yang khususnya boleh digunakan oleh jemaah sewaktu menunaikan haji dan umrah. Perkhidmatan ini dapat memberi banyak manfaat. Dengan perkhidmatan ini, sekiranya jemaah menghadapi masalah kesihatan, mereka akan diberi bantuan 24 jam sehari yang mana, kakitangan MEDIC PILGRIM sedia berkhidmat bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.<Baca Selanjutnya>

Hotel Anjum Mekah

12-12-2019    Blog

Sungguhpun Hotel Anjum agak jauh sedikit berbanding Hotel Safwah, tetapi kedudukannya yang hampir dengan Dataran Masjid tidak memberi masalah kepada jemaah untuk berulang alik ke Masjid. Dan laluan ke Masjid juga tidak padat seperti di kawasan antara Hotel Hilton dan “Clock Tower” iaitu laluan ke kawasan Misfalah.

Hotel Anjum terletak di Jabal Kaabah, hanya 20 meter sahaja dengan Masjidil Haram apabila binaan Masjid yang baru siap. Sementara bangunan Masjid belum siap sepenuhnya maka jemaah harus berjalan kaki melalui Dataran Masjid yang panjang.

Hotel ini menyediakan kawasan Parkir bas (dalam kawasan Hotel yang berpagar) untuk menyambut ketibaan Tetamunya dan bas tidak perlu tergesa-gesa meninggalkan Hotel (seperti yang selalu terjadi di Hotel 5 bintang yang lain) .Kawasan Parkir untuk bas yang tersedia dan juga kawasan istirehat yang lapang di hadapan bangunan Hotel memudahkan jemaah untuk menunggu ketibaan bas dalam Program Ziarah. Dan jemaah juga boleh bersandai di luar bangunan Hotel kerana tersedia kerusi dan meja untuk jemaah.

Laluan Ke Masjidil Haram

Untuk ke Masjidil Haram, jemaah harus turun ke Escalator yang tersedia (di kawasan berbumbung ikut gambar di atas) dan melalui kawasan bawah hotel yang ada ‘aircond”. Sebaik keluar dari bangunan Hotel jemaah tidak perlu melintas jalan raya, cuma perlu berjalan kaki di kawasan Dataran Masjid yang panjang.

Menu Makanan 

Alhamdulillah tidak ada jemaah yang merungut mengenai jarak Hotel ke Masjidil Haram. Malah masing-masing rasa syukur dan berterima kasih kerana berjaya mendapatkan Hotel Anjum. Punya la luas kawasan Makan dan menu sarapan pagi yang mewah membuatkan jemaah sentiasa melafazkan rasa syukur. Sewaktu makan malam, sekali lagi saya terpegun dengan Menu sajian yang dihidangkan..fuh..terlalu banyak. Nasi Mandy dengan potongan daging kambing boleh dikatakan dihidang setiap malam. Malah Nasi Biasa dengan lauk pauk yang banyak membuatkan jemaah ingin mencuba dari satu menu ke satu menu yang lain.


Kami Diiktiraf Oleh

  • IATA
  • MATTA
  • BUMITRA
  • Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL)
  • Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
  • Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR)
  • Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU)
  • Kementeriam Haj dan Umra Arab Saudi
  • Malaysia Truly Asia
  • Tourism Malaysia
  • PAPUH Malaysia
ISO 9001

Agensi Pelancongan Yang Bertaraf
ISO 9001:2008

Kepuasan pelanggan adalah fokas utama kami untuk meneroka setiap perubahan yang baru bagi memastikan mutu perkhidmatan kami sentiasa diyakini.

Kaedah Pembayaran
  • VISA
  • MasterCard
  • Maybank2u
  • CIMB Cliks
  • MOLPay
  • FPX
  Jom Langgani Newsletter Kami
Jadilah antara yang terawal untuk mendapat segala Promosi Pelancongan dan Umrah..