Syaza Travel & Tours

UMRAH CUTI SEKOLAH 2024/25 (PAKEJ LITE PREMIUM & PAKEJ PREMIUM)  ( SYZ-0196 )

12 Hari 10 Malam: Sektor Kuala Lumpur - Jeddah | Madinah - Kuala Lumpur

    Keistimewaan - Dapat Merasai Suasana Umrah Musim Sejuk, Tambahan Berziarah Ke Kota Taif, Penerbangan Dengan Pesawat Saudi Airlines Yang Selesa, Dalam Musim Cuti Sekolah, Hotel yang Selesa Dan Berdekatan

    Kelulusan Iklan No : IU0352 Sahlaku Sehingga 06/12/2026

    CADANGAN ATURCARA UMRAH

    12 Hari 10 Malam

    Sektor Kuala Lumpur – Jeddah  |  Madinah – Kuala Lumpur

    HARI 01 KUL/JED/MEKAH

    Para jemaah diminta berada di KLIA balai perlepasan 4 jam sebelum waktu berlepas. Urusan daftar masuk pesawat akan dibantu oleh kakitangan kami. Kumpulan jemaah kelolaan kami akan diiringi oleh seorang ketua jemaah/ustaz sepanjang perjalanan umrah. Bagi jemaah wanita hendaklah memakai ihram dari rumah dan bagi jemaah lelaki boleh pakai di KLIA atau diatas pesawat sebab niat ihram dalam kapal terbang di Miqat  Qarnul Manazil.

    Setibanya di Lapangan Terbang Jeddah, jemaah akan disambut oleh kakitangan kami yang menunggu dilapangan terbang dan setelah urusan lapangan terbang selesai para jemaah akan dibawa menaiki Bas terus ke MEKAH, dan dibawa ke hotel penginapan masing-masing mengikut tempahan pakej.

    Selesai Check in hotel – Jemaah diminta berehat dan makan terlebih dahulu dan membuat persiapan diri sebelum  dibawa oleh Mutawwif ke BAITULLAH untuk menyempurnakan ibadah Umrah Wajib. Mutawwif akan memandu dan memberi penerangan tentang cara-cara mengerjakan Tawaf, Sa’ie dan Tahallul.

    HARI 02 MEKAH (ZIARAH SIRAH) (B/L/D)

    7.00 PAGI – Selepas sarapan pagi, para jemaah akan dibawa berziarah sekitar Masjidil Haram. Tempat-tempat lawatan seperti tempat Kelahiran Rasulullah Saw, Masjidil Haram & Kaabah Al Musyarafah, Perkuburan Mu’allah, Masjid Jin, Masjid Syajarah, Jabal Qubais, Dar Arqam, Darul Nadwah DLL.

    HARI 03 MEKAH - ZIARAH LUAR 1 (UMRAH KE-2) (B/L/D)

    7.00 PAGI – Selepas sarapan pagi, para jemaah akan dibawa dibawa berziarah di luar KOTA MEKAH. Ke tempat lawatan seperti JABAL THUR, PADANG ARAFAH, JABAL RAHMAH, MUZDALIFAH, MINA JAMAARAT, JABAL NOOR dan akhirnya bermiqat di JA’ARANAH. Bagi jemaah yang berhajat untuk menunaikan umrah dinasihatkan mandi sunat ihram dan memakai ihram di hotel. Balik ke Baitullah untuk menyelesaikan umrah.

    HARI 04 MEKAH - ZIARAH LUAR 2 (UMRAH KE-3) (B/L/D)

    7.00 PAGI – Selepas sarapan pagi, para jemaah akan dibawa berziarah di luar KOTA MEKAH. Seterusnya Jemaah akan bermiqat di Hudaibiyah bagi yang berhajat untuk menunaikan umrah dan Balik ke Baitullah untuk menyelesaikan umrah.

    HARI 05 MEKAH/TAIF/MEKAH (B/L/D)

    7.30 PAGI - (Selepas Sarapan) Jemaah hendaklah melaksanakan tawaf Wida’ sebelum berangkat ke Taif. sebuah pekan yang mana Baginda SAW pernah di baling batu ketika berdakwah . Perjalanan ke Taif akan mangambil masa kira-kira 2 1/2jam . Tiba di Taif melihat pemandangan di Hada / Menziarahi Masjid Abdullah Ibn Al Abbas / Kilang Air Mawar / Muzium Kebangsaan Taif / Empangan Air Hada / Gunung As-Shafa dan Pasar buah-buahan.
    Makan tengahari di restoran tempatan , Habal Restaurant.
    Petang para jemaah akan dibawa untuk mengambil miqat umrah di Qarnul Manazil dan seterusnya balik semula ke hotel di Mekah.

    HARI 06 MEKAH /MADINAH  (B/L/D)

    7.00 PAGI – (Selepas Sarapan) Jemaah hendaklah melaksanakan tawaf Wida’ sebelum berangkat ke MADINAH. Jadual bertolak ke Medinah pada JAM 10.00 pagi.

    5.00 PETANG – Insyallah dijangka tiba di Medinah, Jemaah terus dibawa ke Hotel masing-masing mengikut tempahan pakej & beristirehat.

    Tiba di MADINAH, Jemaah akan diberi taklimat berkaitan jadual solat/ziarah Rasulullah SAW/DLL.

    HARI 07 MADINAH - ZIARAH DALAMAN  (B/L/D)

    7.00 PAGI – Selepas sarapan pagi, para Jemaah akan dibawa ke Masjid Nabawi dengan menziarahi Maqam Rasulullah SAW dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’. Jemaah muslimat akan dibantu oleh Mutawwifah untuk ziarah Raudhah.

    Selesai ziarah, Jemaah bebas melakukan ibadah di Masjid Nabawi.

    HARI 08 MADINAH   - ZIARAH LUAR (B/L/D) 

    Selepas sarapan pagi, para Jemaah akan dibawa menziarahi KOTA MADINAH dengan diiringi oleh Mutawwif. Tempat-tempat lawatan adalah MASJID QUBA’, JABAL UHUD, MASJID QIBLATAIN, MASJID TUJUH (Medan Perang Khandak) dan LADANG KURMA.

    Selepas ziarah, Jemaah bebas melakukan ibadah di Masjid Nabawi.

    HARI 09 MADINAH (B/L/D) 

    Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah sunat.

    HARI 10 MADINAH (B/L/D) ziarah sirah

    7.00 PAGI – Selepas sarapan pagi, para Jemaah akan dibawa menziarahi sekitar kawasan Masjid Nabawi seperti Ziarah Ashabul Suffah, Raudhah, Telaga Tolhah B.Abdullah, Rumah Sayyidina Osman, Masjid Abu Bakar, Masjid Sayyidina Ali, Masjid Bilal B.Rabah, Masjid Ghumamah dan Tsaqifah bani Sa’idah.

    8.00 MALAM – Selesai solat Isyak, para Jemaah akan diberi taklimat persiapan pulang ke tanah air.

    HARI 11 MADINAH/KUALA LUMPUR (B/L)

    Sebelah pagi, para Jemaah bebas melakukan ibadah di Masjid Nabawi sementara bertolak ke Airport Madinah (4) JAM sebelum berlepas.. Jemaah diminta untuk melaksanakan ziarah Wada’ sebelum meninggalkan Madinah.

    HARI 12 KUALA LUMPUR

    Dijangka tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan manis dan umrah yang makbullah

    ** Semua aturcara / jadual penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan tanpa NOTIS.

    PAKEJ LITE PREMIUM DISEMBER
    Hotel Mekah Tower 5* Di Mekah
         
     

    TARIKH BERLEPAS

    •   21-Dis-24

    SAUDI AIRLINES
    DEWASA
    BILIK BERDUA
    RM 13,490
    DEWASA
    BILIK BERTIGA
    RM 11,790
    DEWASA
    BILIK BEREMPAT
    RM 10,890
    KANAK - KANAK
    BERKATIL
    RM 10,490
    KANAK - KANAK
    TANPA KATIL
    RM 8,390
    BAYI
    TANPA KATIL
    RM 2,500
    MAKLUMAT PENERBANGAN

    • Tiket Penerbangan Pergi Dan Balik Kelas Ekonomi Dengan Pesawat Saudi Airlines (SV)
    • DEPARTURE: KUALA LUMPUR TO JEDDAH   
      RETURN: MADINAH TO KUALA LUMPUR  

    MAKLUMAT PENGINAPAN

    • HOTEL MEKAH : HOTEL MEKAH TOWER 
    • FULLBOARD HOTEL BUFFET (3 MEALS)  
    • HOTEL MADINAH : HOTEL DURRAT AL EIMAN 
    • FULLBOARD HOTEL BUFFET (3 MEALS)  

     

    TEMPOH JUALAN

    Dari  06-05-2024  ke  31-01-2025

    PAKEJ PREMIUM JANUARI
    Hotel Al Safwa Tower 5* Di Mekah
         
     

    TARIKH BERLEPAS

    •   22-Jan-25

    SAUDI AIRLINES
    DEWASA
    BILIK BERDUA
    RM 12,190
    DEWASA
    BILIK BERTIGA
    RM 11,190
    DEWASA
    BILIK BEREMPAT
    RM 10,490
    KANAK - KANAK
    BERKATIL
    RM 10,090
    KANAK - KANAK
    TANPA KATIL
    RM 7,990
    BAYI
    TANPA KATIL
    RM 2,500
    MAKLUMAT PENERBANGAN

    • Tiket Penerbangan Pergi Dan Balik Kelas Ekonomi Dengan Pesawat Saudi Airlines (SV)
    • DEPARTURE: KUALA LUMPUR TO JEDDAH   
      RETURN: MADINAH TO KUALA LUMPUR  

    MAKLUMAT PENGINAPAN

    • HOTEL MEKAH : HOTEL MEKAH TOWER 
    • FULLBOARD HOTEL BUFFET (3 MEALS)  
    • HOTEL MADINAH : HOTEL DURRAT AL EIMAN 
    • FULLBOARD HOTEL BUFFET (3 MEALS)  

     

    TEMPOH JUALAN

    Dari  01-11-2024  ke  31-01-2025

    PAKEJ LITE PREMIUM JANUARI
    Hotel Mekah Tower 5* Di Mekah
         
     

    TARIKH BERLEPAS

    •   22-Jan-25

    SAUDI AIRLINES
    DEWASA
    BILIK BERDUA
    RM 12,290
    DEWASA
    BILIK BERTIGA
    RM 10,990
    DEWASA
    BILIK BEREMPAT
    RM 10,290
    KANAK - KANAK
    BERKATIL
    RM 9,890
    KANAK - KANAK
    TANPA KATIL
    RM 7,790
    BAYI
    TANPA KATIL
    RM 2,500
    MAKLUMAT PENERBANGAN

    • Tiket Penerbangan Pergi Dan Balik Kelas Ekonomi Dengan Pesawat Saudi Airlines (SV)
    • DEPARTURE: KUALA LUMPUR TO JEDDAH   
      RETURN: MADINAH TO KUALA LUMPUR  

    MAKLUMAT PENGINAPAN

    • HOTEL MEKAH : HOTEL MEKAH TOWER 
    • FULLBOARD HOTEL BUFFET (3 MEALS)  
    • HOTEL MADINAH : HOTEL DURRAT AL EIMAN 
    • FULLBOARD HOTEL BUFFET (3 MEALS)  

     

    TEMPOH JUALAN

    Dari  06-05-2024  ke  31-01-2025

    TAMBAHAN

    Optional

    1. Insuran Pelancongan Persendirian ( TPA ) ETIQA Takaful Malaysia (RM57)

    2. Keretapi laju HHR satu hala

    PAKEJ TERMASUK

      Makanan (BOARD PENUH)
      Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi (Saudi Airlines) dengan termasuk cukai lapangan terbang
      Penginapan Mekah (5 malam) Pakej Lite Premium : Hotel Mekah Tower
      Penginapan Mekah (5 malam) Pakej Premiun : Hotel Al Safwa Tower
      Penginapan Madinah (5 malam): Hotel Durrat al Eiman
      Pengangkutan sepanjang aturcara dan Airport Transfer menggunakan bas.
      Ziarah di Mekah, Madinah, & Taif
      Umrah 3 kali (2 kali miqat di Mekah dan 1 kali di Taif) serta lawatan 1kali ke Raudah bersama mutawwif dan mutawwifah
      5 liter air zam-zam (tertakluk kepada kebenaran dari pihak kerajaan Arab Saudi)
      Mutawwif/Pengiring Khas dari Malaysia
      Beg bagasi besar & kabin kecil, beg sandang, beg telekong/uncang kasut & buku panduan umrah.
      Visa Umrah dan Insuran Perubatan Arab Saudi.

    TIDAK TERMASUK

      Bayaran lebihan timbangan bagasi
      Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan/atau surcaj bahan api
      Kad perubatan oleh Khairi Care
      Makan minum semasa transit melainkan dinyatakan
      Segala perbelanjaan bersifat peribadi
      Selain dari apa yang terdapat di dalam aturcara

    • NOTA PENTING

      • TERMA DAN SYARAT UMRAH

        Tanggungjawab Syaza Travel & Tours Sdn Bhd, No 18M, Jalan Kosas 1/5, Taman Kosas, bertindak sebagai ejen dan pelindung hak penumpang dalam membuat pengaturan untuk syarikat penerbangan, hotel, bas, atau mana-mana perkhidmatan yang berkaitan dengan pelancongan dan tidak menanggung apa-apa liabiliti untuk kecederaan, kerosakan, kerugian, bagasi, kemalangan, kelewatan keterlambatan yang mungkin disebabkan oleh sebab atau kecacatan, walaupun perbuatan Tuhan, insiden berbahaya di udara, laut, tanah, kebakaran, kerosakan jentera atau peralatan, tindakan kerajaan atau pihak berkuasa lain de jure atau de facto, peperangan, sama ada diisytiharkan atau tidak, permusuhan, gangguan awam, mogok, kecurian rusuhan, pengkhianatan, wabak, kuarantin, peraturan perubatan atau kastam, atau apa-apa kerugian atau kerosakan akibat daripada pasport yang tidak betul, visa, atau dokumen lain. Syaza Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan menerima sebarang tanggungjawab untuk kerugian atau perbelanjaan tambahan disebabkan oleh kelewatan atau perubahan jadual atau punca lain. Syaza Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan, kerugian, kerosakan atau kecederaan yang timbul berkaitan dengan perkhidmatan tersebut. Syaza Travel & Tours Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap kegagalan untuk mematuhi arahan, termasuk tetapi tidak terhad kepada daftar masuk dan kelewatan, kehilangan bagasi atau barangan peribadi (Perubatan). Ia adalah tanggungjawab syarikat penerbangan untuk menentukan dengan tepat prosedur yang akan diikuti. Polisi yang dipilih oleh pengangkut itu hendaklah berdasarkan prosedurnya dan tidak menjadi tanggungjawab Syaza Travel & Tours Sdn Bhd dan sekutu-sekutunya. Mereka juga tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana orang yang hilang dan sebahagian daripada program ini disebabkan kecuaian atau kelewatan atau ketidakhadirannya pada bila-bila masa semasa lawatan dan tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa perbelanjaan tambahan bagi peserta untuk menyertai semula lawatan tersebut. Selain itu, tiada caj atau penaiktarafan dalam program yang dipilih akan menjadi penghormatan selepas berlepas serta tiada bayaran balik akan diberikan untuk apa-apa perkhidmatan yang diberikan tidak digunakan.

    • DEPOSIT & PEMBAYARAN

      DEPOSIT
      Deposit sebanyak 20% atau tertakluk kepada sekurang-kurangnya RM500.00, yang mana lebih tinggi dari tambang pelancongan setiap orang diperlukan untuk dibayar sebagai yuran tempahan. 
       
      BAKI PEMBAYARAN
      Baki pembayaran atau pembayaran penuh mesti dibuat 45 hari sebelum berlepas atau 7 hari selepas pengesahan lawatan. Kegagalan untuk mematuhi akan menyebabkan pembatalan tempahan dan pembekuan deposit. Sekiranya baki tidak dibayar pada tarikh yang ditetapkan, hak itu dikhaskan untuk membatalkan tempahan tanpa notis selanjutnya dan tanpa bayaran balik deposit.

    • PEMBATALAN

      PEMBATALAN

      • Pembatalan pakej tertakluk kepada Akta Industri Pelancongan 1992
      • Pembatalan yang diterima lebih daripada enam minggu sebelum keberangkatan akan menyebabkan kehilangan deposit yang tidak dikembalikan sebagaimana yang dinyatakan di atas. Pembatalan yang diterima kurang daripada 6 minggu dan lebih daripada 3 minggu sebelum berlepas akan dikenakan yuran sebanyak 25% dari tambang.
      • Pembatalan yang diterima kurang dari 3 minggu sebelum berlepas akan dikenakan bayaran sebanyak 75% dari kos lawatan kecuali tempat duduk yang ditempah dijual semula. Tiada bayaran balik untuk pengaturan ground yang tidak digunakan selepas berlepas dari Malaysia. 

     Dikemaskini pada 01-11-2024

    Kami Diiktiraf Oleh

    • IATA
    • MATTA
    • BUMITRA
    • Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL)
    • Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
    • Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR)
    • PAPUH Malaysia
    • Kementeriam Haj dan Umra Arab Saudi
    • Malaysia Truly Asia
    • Tourism Malaysia
    ISO 9001

    Agensi Pelancongan Yang Bertaraf
    ISO 9001:2008

    Kepuasan pelanggan adalah fokas utama kami untuk meneroka setiap perubahan yang baru bagi memastikan mutu perkhidmatan kami sentiasa diyakini.

    Kaedah Pembayaran
    • VISA
    • MasterCard
    • Maybank2u
    • CIMB Cliks
    • MOLPay
    • FPX
      Jom Langgani Newsletter Kami
    Jadilah antara yang terawal untuk mendapat segala Promosi Pelancongan dan Umrah..

      Emel Pakej Ini
    UMRAH CUTI SEKOLAH 2024/25 (PAKEJ LITE PREMIUM & PAKEJ PREMIUM) (SYZ-0196)