Syaza Travel & Tours

SOALAN LAZIM

Soalan yang sering diajukan oleh waris mengenai isu-isu terkait perlaksanakan badal haji yang sering dimomokkan bahawa ianya merupakan scammer dan tidak ujud perkhidmatan seperti yang diiklankan

1. Jemaah badal haji guna jemaah haji negara di mana

Pelaksana Badal Haji majoriti merupakan penduduk tempatan berasal dari Thailand dan Indonesia pemegang iqamah Arab Saudi.

2. Adakah kuota untuk melakukan badal haji oleh pelaksana

Badal Haji tidak dikenakan kuota disebabkan pelaksana badal haji merupakan penduduk tempatan yang mempunyai iqamah Arab Saudi.

3. Terangkan sedikit tentang permit/tasrih haji.

Harga Permit/tasrih Haji yang sah dari kerajaan Arab Saudi dalam anggaran SAR10 ribu -14 ribu.
Pelaksana badal haji tidak gunakan permit/tasrih untuk mengerjakan haji tetapi perlu menggunakan BAS HAJI (Bas Yang Ada permit/tasrih haji yang boleh mengangkut jemaah) untuk masuk ke Arafah untuk buat haji.

4. Kebiasaannya kawalan semasa musim haji agak ketat jadi bagaimana pergerakan melakukan badal haji boleh dilakukan.

Untuk pergerakan pergi ke Arafah mereka hanya boleh menggunakan bas yang mempunyai permit/tasrih haji.

Tarikh 8 zulhijjah.
Tiba di Arafah selepas waktu isya’ dan setibanya di Arafah mereka akan mendirikan khemah di persekitaran Jabal Rahmah dengan menggunakan peralatan yang dibawa. Ini berbeza dengan khemah yang tersedia untuk jemaah haji yang mempunyai tasrih.

Tarikh 9 zulhijjah
Bersama-sama dengan jemaah haji lainnya mereka berwukuf disamping mendengar khutbah Arafah, perbanyakkan beribadah dan berdoa.
Sekitar jam 5 petang bersiap-siap untuk bergerak ke Muzdalifah dengan berjalan kaki dan tiba di Muzdalifah sekitar jam 1 tengah malam

Tarikh 10 zulhijjah
Seterusnya akan bermabit di Muzdalifah mulai tengah malam sehingga fajar untuk mengutip anak batu untuk melontar jamrah.
Jam 5:30 bergerak ke Mina dan setibanya di Mina lebih kurang jam 7 pagi di lanjutkan dengan melontar Jamaratul kubro/akbar.

Seterusnya dari Mina menuju Masjidil haram untuk tawaf ifadah/tawaf haji dan bersa’e haji dengan menaiki kenderaan awam.

Untuk perjalanan dari rumah menuju Mina 2 hari berkutnya untuk pergi mabit dan melempar 3 jamarah iaitu Ula, Wusta dan Aqabah pada hari ke 11 dan 12 juga menggunakan kenderaan awam.

Untuk keperluan makan minum sepanjang perjalanan haji mereka menyediakan bekalan makananan dan minuman yang bawa dari rumah atau dibeli disepanjang perjalanan.

5. Adakah berlakunya penipuan dalam urusan badal haji.

Penipuan berlaku dimana-mans atas apa perkara pun. Sangat penting untuk memilih agensi-agensi yang benar-benar jujur dan amanah dan mempunyai track record yang bersih dalam urusan yang akan ditempah.


Kami Diiktiraf Oleh

  • IATA
  • MATTA
  • BUMITRA
  • Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL)
  • Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
  • Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR)
  • PAPUH Malaysia
  • Kementeriam Haj dan Umra Arab Saudi
  • Malaysia Truly Asia
  • Tourism Malaysia
ISO 9001

Agensi Pelancongan Yang Bertaraf
ISO 9001:2008

Kepuasan pelanggan adalah fokas utama kami untuk meneroka setiap perubahan yang baru bagi memastikan mutu perkhidmatan kami sentiasa diyakini.

Kaedah Pembayaran
  • VISA
  • MasterCard
  • Maybank2u
  • CIMB Cliks
  • MOLPay
  • FPX
  Jom Langgani Newsletter Kami
Jadilah antara yang terawal untuk mendapat segala Promosi Pelancongan dan Umrah..