CADANGAN ATURCARA
KUL/JED-MED/KUL
HARI 01 KUALA LUMPUR – JEDDAH - MEKAH
Jemaah diminta berada di KLIA balai berlepas 4 jam sebelum waktu berlepas. Urusan daftar masuk pesawat akan dibantu oleh kakitangan kami. Kumpulan jemaah kelolaan kami akan diiringi oleh seorang ketua jemaah/ustaz sepanjang perjalanan umrah. Memandangkan Jemaah akan terus menuju ke Mekah, jemaah diminta untuk bermiqat di atas pesawat. Setibanya di Lapangan Terbang Jeddah, jemaah akan disambut oleh kakitangan kami yang menunggu dilapangan terbang dan setelah urusan lapangan terbang selesai para jemaah akan berlepas dengan menaiki bas ke Kota Mekah. Tiba di Mekah jemaah terus dibawa check in di hotel yang disediakan & jemaah dibawa oleh mutawif untuk menunaikan Umrah yang pertama.
HARI 02 MEKAH (B/L/D)
Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah sunat di Masjidil Haram.
HARI 03 MEKAH – ZIARAH LUAR 1 (UMRAH KE-2) (B/L/D)
7.00 PAGI – Para jemaah akan dibawa dibawa berziarah di luar KOTA MEKAH. Ke tempat lawatan seperti JABAL THUR, PADANG ARAFAH, JABAL RAHMAH, MUZDALIFAH, MINA JAMAARAT, JABAL NOOR dan akhirnya bermiqat di JA’ARANAH. Bagi jemaah yang berhajat untuk menunaikan umrah dinasihatkan mandi sunat ihram dan memakai ihram di hotel. Balik ke Baitullah untuk menyelesaikan umrah.
HARI 04 MEKAH – ZIARAH SIRAH (B/L/D)
7.00 PAGI – Para jemaah akan dibawa berziarah sekitar Masjidil Haram. Tempat-tempat lawatan seperti tempat Kelahiran Rasulullah Saw, Masjidil Haram & Kaabah Al Musyarafah, Perkuburan Mu’allah, Masjid Jin, Masjid Syajarah, Jabal Qubais, Dar Arqam, Darul Nadwah DLL.
HARI 05 MEKAH – ZIARAH LUAR 2 (UMRAH KE-3) (B/L/D)
7.00 PAGI – Para jemaah akan dibawa berziarah di luar KOTA MEKAH, ke Pasar Ka’qiah untuk membeli buah-buahan segar dan Muzium Al-Haramain (tertakluk di atas kebenaran pihak berkuasa Saudi). Seterusnya Jemaah akan bermiqat di Hudaibiyah bagi yang berhajat untuk menunaikan umrah dan Balik ke Baitullah untuk menyelesaikan umrah. 8.00 MALAM (Selepas Isyak) – Semua Jemaah berkumpul di dewan taklimat hotel masing-masing untuk sesi taklimat pulang / bacaan tahlil / doa / DAM / serta penerangan berkaitan Tawaf Wada’.
HARI 06 MEKAH – TAIF (B/L/D)
Jemaah hendaklah melaksanakan tawaf Wada’ di Masjidilharam. Jemaah bersiap untuk bertolak ke Taif dengan menaiki bas. Perjalanan ke Taif akan mangambil masa kira-kira 2 1/2jam. Jemaah akan bermalam di Taif.
HARI 07 TAIF (B/L/D)
Taif , sebuah pekan yang mana Baginda SAW pernah di baling batu ketika berdakwah. Jemaah akan dibawa ke Istana Shubra, Masjid Ibnu Abas, Masjid-masjid bersejarah, Pasar buah-buahan segar, Muzium Al-Sharif, dan Kilang bunga ros. Makan tengahari di restoran tempatan. Jemaah akan meneruskan perjalanan ke Madinah. Perjalanan mengambil masa 7–8jam. Tiba di Madinah jemaah terus dibawa check in di hotel yang disediakan.
HARI 08 MADINAH – ZIARAH DALAM (B/L/D)
7.00 PAGI – Para Jemaah akan dibawa berziarah (ziarah dalam) di Masjid Nabawi dengan menziarahi Maqam Rasulullah SAW dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’. Jemaah muslimat akan dibantu oleh Mutawwifah untuk ziarah Raudhah. Selesai ziarah, jemaah bebas melakukan ibadah di Masjid Nabawi.
HARI 09 MADINAH – ZIARAH LUAR (B/L/D)
Para Jemaah akan dibawa melawat (ziarah luar) disekitar Kota Madinah dengan diiringi oleh Mutawwif. Tempat-tempat lawatan adalah MASJID QUBA’, JABAL UHUD, MASJID QIBLATAIN, MASJID TUJUH (Medan Perang Khandak) dan LADANG KURMA. Selepas ziarah, jemaah bebas melakukan ibadah di Masjid Nabawi.
HARI 10 MADINAH – ZIARAH SIRAH (B/L/D)
7.00 PAGI – Para Jemaah akan dibawa menziarahi sekitar kawasan Masjid Nabawi seperti Ziarah Ashabul Suffah, Raudhah, Telaga Tolhah B.Abdullah, Rumah Sayyidina Osman, Masjid Abu Bakar, Masjid Sayyidina Ali, Masjid Bilal B.Rabah, Masjid Ghumamah dan Tsaqifah bani Sa’idah.
HARI 11 MADINAH-KUALA LUMPUR
Aktiviti sendiri & Jemaah boleh berziarah Wida’ sebelum berlepas ke Lapangan Terbang Madinah sebelum berlepas balik dengan Saudi Airlines.
HARI 12 KUALA LUMPUR
Dijangka tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan manis dan umrah yang makbullah
CENDERAHATI
*** Horga Pakej, tiket penerbangan, aturcara serta jadual penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
*** Insurance berkaitan dengan penyakit covid adalah tertakluk kepada perlindungan dari insurance di bawah visa umrah