Syaza Travel & Tours

UMRAH CUTI SEKOLAH DISEMBER 2022 (HIGH SEASON) DENGAN LAWATAN PERCUMA KE KOTA TAIF  ( SYZ-0049 )

SEKTOR KUL/MED-JED/KUL

Keistimewaan - Dapat Merasai Suasana Umrah Musim Sejuk, Tambahan Berziarah Ke Kota Taif, Penerbangan Terus ke Madinah Dengan Pesawat Saudi Airlines Yang Selesa, Dalam Musim Cuti Sekolah, Pilihan Hotel yang Selesa Dan Berdekatan

Kelulusan Iklan No : IU0093 Sahlaku Sehingga 08/08/2023

CADANGAN ATURCARA

KUL/MED-JED/KUL

HARI 01 KUALA LUMPUR/MADINAH
Para jemaah diminta berada di KLIA balai perlepasan 4 jam sebelum waktu berlepas. Urusan daftar masuk pesawat akan dibantu oleh kakitangan kami.  Kumpulan jemaah kelolaan kami akan diiringi oleh seorang ketua jemaah/ustad sepanjang perjalanan umrah.

Setibanya di Lapangan Terbang Madinah, jemaah akan disambut oleh kakitangan kami yang menunggu dilapangan terbang dan setelah urusan lapangan terbang selesai para jemaah akan dibawa menaiki Bas terus ke MADINAH, dibawa ke Hotel masing-masing mengikut tempahan pakej & beristirehat.

Jemaah akan diberi taklimat berkaitan jadual solat/ziarah Rasulullah SAW/DLL.

HARI 02 MADINAH (ZIARAH DALAM) (B/L/D)
7.00 PAGI – Para Jemaah akan dibawa berziarah (ziarah dalam) di Masjid Nabawi dengan menziarahi Maqam Rasulullah SAW dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’. Jemaah muslimat akan dibantu oleh Mutawwifah untuk ziarah Raudhah.

Selesai ziarah, Jemaah bebas melakukan ibadah di Masjid Nabawi.

HARI 03 MADINAH ZIARAH LUAR (B/L/D)
Para Jemaah akan dibawa melawat (ziarah luar) disekitar Kota Madinah  dengan diiringi oleh Mutawwif. Tempat-tempat lawatan adalah MASJID QUBA’, JABAL UHUD, MASJID QIBLATAIN, MASJID TUJUH (Medan Perang Khandak) dan LADANG KURMA.

Selepas ziarah, Jemaah bebas melakukan ibadah di Masjid Nabawi.

HARI 04 ZIARAH SIRAH (B/L/D)
7.00 PAGI – Para Jemaah akan dibawa menziarahi sekitar kawasan Masjid Nabawi seperti Ziarah Ashabul Suffah, Raudhah, Telaga Tolhah B.Abdullah, Rumah Sayyidina Osman, Masjid Abu Bakar, Masjid Sayyidina Ali, Masjid Bilal B.Rabah, Masjid Ghumamah dan Tsaqifah bani Sa’idah.

8.00 MALAM – Selesai solat Isyak, para Jemaah akan diberi taklimat persiapan perjalanan ke Mekah untuk melakukan umrah.

HARI 05 MADINAH/MEKAH (B/L/D)
Jemaah akan berangkat ke Mekah dengan menaiki bas . Jemaah dinasihati memakai ihram dan berwuduk dari bilik hotel . Kemudian jemaah akan dibawa bermiqat di Zulhulaifah atau Bir Ali. Selesai bermiqat , terus bertolak ke Mekah . Jemaah dinasihati untuk memperbanyakkan membaca Talbiah sepanjang perjalanan .

Sampai di Mekah jemaah akan dibawa ke hotel penginapan masing-masing mengikut tempahan pakej.

Selesai Check in hotel – Jemaah diminta berehat dan makan terlebih dahulu dan membuat persiapan diri sebelum  dibawa oleh Mutawwif ke BAITULLAH untuk menyempurnakan ibadah Umrah Wajib. Mutawwif akan memandu dan memberi penerangan tentang cara-cara mengerjakan Tawaf, Sa’ie dan Tahallul.

HARI 06 MEKAH  (B/L/D)
Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah sunat di Masjidil Haram.

HARI 07 MEKAH - ZIARAH LUAR 1 (UMRAH KE-2) (B/L/D)
7.00 PAGI – Para jemaah akan dibawa dibawa berziarah di luar KOTA MEKAH. Ke tempat lawatan seperti JABAL THUR, PADANG ARAFAH, JABAL RAHMAH, MUZDALIFAH, MINA JAMAARAT, JABAL NOOR dan akhirnya bermiqat di JA’ARANAH. Bagi jemaah yang berhajat untuk menunaikan umrah dinasihatkan mandi sunat ihram dan memakai ihram di hotel. Balik ke Baitullah untuk menyelesaikan umrah.

HARI 08 MEKAH (ZIARAH SIRAH) (B/L/D)
7.00 PAGI – Para jemaah akan dibawa berziarah sekitar Masjidil Haram. Tempat-tempat lawatan seperti tempat Kelahiran Rasulullah Saw, Masjidil Haram & Kaabah Al Musyarafah, Perkuburan Mu’allah, Masjid Jin, Masjid Syajarah, Jabal Qubais, Dar Arqam, Darul Nadwah DLL.

HARI 09 MEKAH - ZIARAH LUAR 2 (UMRAH KE-3) (B/L/D)
7.00 PAGI – Para jemaah akan dibawa berziarah di luar KOTA MEKAH, ke Pasar Ka’qiah untuk membeli buah-buahan segar dan Muzium Al-Haramain (tertakluk di atas kebenaran pihak berkuasa Saudi)  Seterusnya Jemaah akan bermiqat di Hudaibiyah bagi yang berhajat untuk menunaikan umrah dan Balik ke Baitullah untuk menyelesaikan umrah.

HARI 10 MEKAH – TAIF – MEKAH (B/L/D)
Selepas solat Subuh dan sarapan, jemaah bersiap sedia di lobby dan terus bertolak ke Taif , sebuah pekan yang mana Baginda SAW pernah di baling batu ketika berdakwah . Perjalanan ke Taif akan mangambil masa kira-kira 2 1/2jam . Tiba di Taif melihat pemandangan di Hada / Menziarahi Masjid Abdullah Ibn Al Abbas / Kilang Air Mawar / Muzium Kebangsaan Taif / Empangan Air Hada / Gunung As-Shafa dan Pasar buah-buahan.
Makan tengahari di restoran tempatan , Habal Restaurant.
Petang para jemaah akan dibawa untuk mengambil miqat umrah di Qarnul Manazil dan seterusnya balik semula ke hotel di Mekah.
8.00 MALAM (Selepas Isyak) – Semua Jemaah berkumpul di dewan taklimat hotel masing-masing untuk sesi taklimat pulang / bacaan tahlil / doa / DAM / serta penerangan berkaitan Tawaf Wada’.

HARI 11 MEKAH/JEDDAH/KUL (I/S)
7.00 PAGI – Jemaah hendaklah melaksanakan tawaf Wida’ sebelum berangkat ke JEDDAH. Jadual bertolak ke Jeddah pada JAM 10.00 pagi. (Jadual bertolak sebenar tertakluk kepada pelepasan Muassasah Saudi).

HARI 12 KUALA LUMPUR
Dijangka tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan manis dan umrah yang makbullah

CENDERAHATI

*** Horga Pakej, tiket penerbangan, aturcara serta jadual penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis.

*** Insurance berkaitan dengan penyakit covid adalah tertakluk kepada perlindungan dari insurance di bawah visa umrah‚Äč

PAKEJ BRONZE
Hotel Makareem Ajyad 4* Di Mekah
    
 

TARIKH BERLEPAS

  •   17-Dis-22
  •   24-Dis-22

SAUDI AIRLINES
DEWASA
BILIK BERDUA
RM 8,590
DEWASA
BILIK BERTIGA
RM 8,090
DEWASA
BILIK BEREMPAT
RM 7,590
KANAK - KANAK
BERKATIL
RM 7,090
KANAK - KANAK
TANPA KATIL
RM 5,590
BAYI
TANPA KATIL
RM 2,500
MAKLUMAT PENERBANGAN

  • Tiket Penerbangan Pergi Dan Balik Kelas Ekonomi Dengan Pesawat Saudi Airlines (SV)
  • DEPARTURE: KUALA LUMPUR TO JEDDAH   
    RETURN: JEDDAH TO KUALA LUMPUR  

Sila pilih tarikh penerbangan yang tersenarai dibawah dengan melihat kepada kekosongan seat. Sila hantar pertanyaan untuk tarikh penerbangan menunggu atau tarikh-tarikh lain yang tidak tersenarai.

MAKLUMAT PENGINAPAN

  • HOTEL MAKKAH : HOTEL AJYAD MAKAREEM /  SETARAF (150M)  
    FULLBOARD HOTEL BUFFET (3 MEALS)  
  • HOTEL MEDINA : CONCORDE DAR ALKHIR / SETARAF (50M)   
    FULLBOARD HOTEL BUFFET (3 MEALS)  

****Sila lihat keterangan lanjut hotel penginapan di Mekah dan Madinah

TEMPOH JUALAN

Dari  06-04-2022  ke  31-08-2022

PAKEJ SILVER
Hotel Al Massa 4* Di Mekah
    
 

TARIKH BERLEPAS

  •   17-Dis-22
  •   24-Dis-22

SAUDI AIRLINES
DEWASA
BILIK BERDUA
RM 9,090
DEWASA
BILIK BERTIGA
RM 8,590
DEWASA
BILIK BEREMPAT
RM 8,090
KANAK - KANAK
BERKATIL
RM 7,590
KANAK - KANAK
TANPA KATIL
RM 6,090
BAYI
TANPA KATIL
RM 2,500
MAKLUMAT PENERBANGAN

  • Tiket Penerbangan Pergi Dan Balik Kelas Ekonomi Dengan Pesawat Saudi Airlines (SV)
  • DEPARTURE: KUALA LUMPUR TO JEDDAH   
    RETURN: JEDDAH TO KUALA LUMPUR  

Sila pilih tarikh penerbangan yang tersenarai dibawah dengan melihat kepada kekosongan seat. Sila hantar pertanyaan untuk tarikh penerbangan menunggu atau tarikh-tarikh lain yang tidak tersenarai.

MAKLUMAT PENGINAPAN

  • HOTEL MAKKAH : HOTEL ALMASSA /  SETARAF (100M)  
    FULLBOARD HOTEL BUFFET (3 MEALS)  
  • HOTEL MEDINA : ROYAL NOZOL INN / SETARAF (50M)   
    FULLBOARD HOTEL BUFFET (3 MEALS)  

****Sila lihat keterangan lanjut hotel penginapan di Mekah dan Madinah

TEMPOH JUALAN

Dari  06-04-2022  ke  31-08-2022

PAKEJ GOLD
Hotel Safwah 5* Di Mekah
     
 KAMI SYORKAN

TARIKH BERLEPAS

  •   17-Dis-22
  •   24-Dis-22

SAUDI AIRLINES
DEWASA
BILIK BERDUA
RM 9,490
DEWASA
BILIK BERTIGA
RM 8,990
DEWASA
BILIK BEREMPAT
RM 8,490
KANAK - KANAK
BERKATIL
RM 7,990
KANAK - KANAK
TANPA KATIL
RM 6,490
BAYI
TANPA KATIL
RM 2,500
MAKLUMAT PENERBANGAN

  • Tiket Penerbangan Pergi Dan Balik Kelas Ekonomi Dengan Pesawat Saudi Airlines (SV)
  • DEPARTURE: KUALA LUMPUR TO JEDDAH    
    RETURN: JEDDAH TO KUALA LUMPUR  

Sila pilih tarikh penerbangan yang tersenarai dibawah dengan melihat kepada kekosongan seat. Sila hantar pertanyaan untuk tarikh penerbangan menunggu atau tarikh-tarikh lain yang tidak tersenarai.

MAKLUMAT PENGINAPAN

  • HOTEL MAKKAH : HOTEL SAFWAH TOWER /SETARAF (50M)  
    FULLBOARD HOTEL BUFFET (3 MEALS)  
  • HOTEL MEDINA : GOLDEN TULIP AL ZAHABI /SETARAF (50M)   
    FULLBOARD HOTEL BUFFET (3 MEALS)   

****Sila lihat keterangan lanjut hotel penginapan di Mekah dan Madinah

TEMPOH JUALAN

Dari  22-03-2022  ke  31-12-2022

PAKEJ TERMASUK

  Makanan (BOARD PENUH)
  Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi dengan termasuk cukai lapangan terbang
  Penginapan Mekah (5 malam): Hotel 5 bintang (50m).
  Penginapan Madinah (5 malam): Hotel bertaraf 5 bintang (50m)
  Makan dan minum secara Buffet hotel sepanjang aturcara.
  Pengangkutan sepanjang aturcara dan Airport Transfer menggunakan bas di Tanah Suci dengan muatan maksima 35 jemaah di dalam satu bas.
  Ziarah di Madinah & Makkah (tertakluk kepada kebenaran dari pihak kerajaan Arab Saudi)
  Lawatan ke Kota Taif, Makan dan minum sepanjang lawatan dan bermiqat untuk tambahan umrah (tertakluk kepada slot apps Etarmarna Arab Saudi)
  Umrah 3 kali dan lawatan satu kali ke Raudah bersama mutawwif dan muassasah (tertakluk kepada slot apps Etarmarna Arab Saudi)
  5 liter air zam-zam (tertakluk kepada kebenaran dari pihak kerajaan Arab Saudi)
  Mutawif/Pengiring Khas dari Malaysia
  Beg bagasi besar & kabin kecil, beg sandang, beg telekong/uncang kasut & buku panduan umrah.
  Visa Ziarah & Insuran Saudi
  Hanya sah untuk mereka yang divaksin dari jenis Pfizer/Astrazaneca/Moderna/Johnson&Jonhson

TIDAK TERMASUK

  Bayaran lebihan timbangan bagasi.
  Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan/atau surcaj bahan api.
  Tambahan caj visa bagi jemaah bukan warganegara Malaysia.
  kad perubatan oleh Khairi Care
  PCR Test di Arab Saudi
  Makan minum semasa transit melainkan dinyatakan
  Segala perbelanjaan bersifat peribadi
  Selain dari apa yang terdapat di dalam aturcara

  • NOTA PENTING

    • Harga, Jadual dan tawaran mengikut pada keadaan dan perubahan semasa tanpa notis
    • Jemaah Umrah yang dibenarkan adalah mereka yang berumur 18 tahun ke atas.
    • Jemaah Umrah perlu berdaftar melalui aplikasi Etarmarna untuk mendapatkan kelulusan bagi melakukan umrah di Masjidil Haram dan lawatan ke Raudah si Masjidil Nabawi.
    • Perlu kuarantin selama 14 hari setelah tiba di Malaysia,(kos tidak termasuk dalam harga pakej) tertakluk kepada arahan semasa oleh Kerajaan Malaysia.
    • Kos Kuarantin ditanggung sepenuhnya (jika positif) oleh insuran untuk visa umrah sahaja.
    • Pembatalan pakej tertakluk kepada Akta Industri Pelancongan 1992
    • Result PCR diperlukan semasa menaiki penerbangan walaupun telah lengkap vaksin (pergi & balik)  Tempoh sahlaku adalah 48 jam dari pemeriksaan diambil sebelum  berlepas ke Arab Saudi. (Kos pemeriksaan PCR tidak termasuk dalam harga
    • Jemaah harus mengambil ujian PCR di Malaysia sebelum penerbangan & kos ditanggung oleh jemaah
    • Jemaah harus mengambil ujian PCR di Saudi sebelum penerbangan & kos ditanggung oleh syarikat

  • DEPOSIT & PEMBAYARAN

    DEPOSIT & PEMBAYARAN

    DEPOSIT
    Deposit sebanyak 20% atau tertakluk kepada sekurang-kurangnya RM500.00, yang mana lebih tinggi dari tambang pelancongan setiap orang diperlukan untuk dibayar sebagai yuran tempahan. 
     
    BAKI PEMBAYARAN
    Baki pembayaran atau pembayaran penuh mesti dibuat 45 hari sebelum berlepas atau 7 hari selepas pengesahan lawatan. Kegagalan untuk mematuhi akan menyebabkan pembatalan tempahan dan pembekuan deposit. Sekiranya baki tidak dibayar pada tarikh yang ditetapkan, hak itu dikhaskan untuk membatalkan tempahan tanpa notis selanjutnya dan tanpa bayaran balik deposit.

  • PEMBATALAN

    PEMBATALAN

    • Pembatalan pakej tertakluk kepada Akta Industri Pelancongan 1992
    • Pembatalan yang diterima lebih daripada enam minggu sebelum keberangkatan akan menyebabkan kehilangan deposit yang tidak dikembalikan sebagaimana yang dinyatakan di atas. Pembatalan yang diterima kurang daripada 6 minggu dan lebih daripada 3 minggu sebelum berlepas akan dikenakan yuran sebanyak 25% dari tambang.
    • Pembatalan yang diterima kurang dari 3 minggu sebelum berlepas akan dikenakan bayaran sebanyak 75% dari kos lawatan kecuali tempat duduk yang ditempah dijual semula. Tiada bayaran balik untuk pengaturan ground yang tidak digunakan selepas berlepas dari Malaysia. 

 Dikemaskini pada 26-04-2022

Kami Diiktiraf Oleh

  • IATA
  • MATTA
  • BUMITRA
  • Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL)
  • Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
  • Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR)
  • Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU)
  • Kementeriam Haj dan Umra Arab Saudi
  • Malaysia Truly Asia
  • Tourism Malaysia
  • PAPUH Malaysia
ISO 9001

Agensi Pelancongan Yang Bertaraf
ISO 9001:2008

Kepuasan pelanggan adalah fokas utama kami untuk meneroka setiap perubahan yang baru bagi memastikan mutu perkhidmatan kami sentiasa diyakini.

Kaedah Pembayaran
  • VISA
  • MasterCard
  • Maybank2u
  • CIMB Cliks
  • MOLPay
  • FPX
  Jom Langgani Newsletter Kami
Jadilah antara yang terawal untuk mendapat segala Promosi Pelancongan dan Umrah..

  Emel Pakej Ini
UMRAH CUTI SEKOLAH DISEMBER 2022 (HIGH SEASON) DENGAN LAWATAN PERCUMA KE KOTA TAIF (SYZ-0049)