CADANGAN ATURCARA UMRAH
12 Hari 10 Malam
Sektor Kuala Lumpur – Jeddah | Madinah – Kuala Lumpur
HARI 01 KUL/JED/MEKAH
Para jemaah diminta berada di KLIA balai perlepasan 4 jam sebelum waktu berlepas. Urusan daftar masuk pesawat akan dibantu oleh kakitangan kami. Kumpulan jemaah kelolaan kami akan diiringi oleh seorang ketua jemaah/ustaz sepanjang perjalanan umrah. Bagi jemaah wanita hendaklah memakai ihram dari rumah dan bagi jemaah lelaki boleh pakai di KLIA atau diatas pesawat sebab niat ihram dalam kapal terbang di Miqat Qarnul Manazil.
Setibanya di Lapangan Terbang Jeddah, jemaah akan disambut oleh kakitangan kami yang menunggu dilapangan terbang dan setelah urusan lapangan terbang selesai para jemaah akan dibawa menaiki Bas terus ke MEKAH, dan dibawa ke hotel penginapan masing-masing mengikut tempahan pakej.
Selesai Check in hotel – Jemaah diminta berehat dan makan terlebih dahulu dan membuat persiapan diri sebelum dibawa oleh Mutawwif ke BAITULLAH untuk menyempurnakan ibadah Umrah Wajib. Mutawwif akan memandu dan memberi penerangan tentang cara-cara mengerjakan Tawaf, Sa’ie dan Tahallul.
HARI 02 MEKAH (ZIARAH SIRAH) (B/L/D)
7.00 PAGI – Selepas sarapan pagi, para jemaah akan dibawa berziarah sekitar Masjidil Haram. Tempat-tempat lawatan seperti tempat Kelahiran Rasulullah Saw, Masjidil Haram & Kaabah Al Musyarafah, Perkuburan Mu’allah, Masjid Jin, Masjid Syajarah, Jabal Qubais, Dar Arqam, Darul Nadwah DLL.
HARI 03 MEKAH - ZIARAH LUAR 1 (UMRAH KE-2) (B/L/D)
7.00 PAGI – Selepas sarapan pagi, para jemaah akan dibawa dibawa berziarah di luar KOTA MEKAH. Ke tempat lawatan seperti JABAL THUR, PADANG ARAFAH, JABAL RAHMAH, MUZDALIFAH, MINA JAMAARAT, JABAL NOOR dan akhirnya bermiqat di JA’ARANAH. Bagi jemaah yang berhajat untuk menunaikan umrah dinasihatkan mandi sunat ihram dan memakai ihram di hotel. Balik ke Baitullah untuk menyelesaikan umrah.
HARI 04 MEKAH - ZIARAH LUAR 2 (UMRAH KE-3) (B/L/D)
7.00 PAGI – Selepas sarapan pagi, para jemaah akan dibawa berziarah di luar KOTA MEKAH. Seterusnya Jemaah akan bermiqat di Hudaibiyah bagi yang berhajat untuk menunaikan umrah dan Balik ke Baitullah untuk menyelesaikan umrah.
HARI 05 MEKAH/TAIF/MEKAH (B/L/D)
7.30 PAGI - (Selepas Sarapan) Jemaah hendaklah melaksanakan tawaf Wida’ sebelum berangkat ke Taif. sebuah pekan yang mana Baginda SAW pernah di baling batu ketika berdakwah . Perjalanan ke Taif akan mangambil masa kira-kira 2 1/2jam . Tiba di Taif melihat pemandangan di Hada / Menziarahi Masjid Abdullah Ibn Al Abbas / Kilang Air Mawar / Muzium Kebangsaan Taif / Empangan Air Hada / Gunung As-Shafa dan Pasar buah-buahan.
Makan tengahari di restoran tempatan , Habal Restaurant.
Petang para jemaah akan dibawa untuk mengambil miqat umrah di Qarnul Manazil dan seterusnya balik semula ke hotel di Mekah.
HARI 06 MEKAH /MADINAH (B/L/D)
7.00 PAGI – (Selepas Sarapan) Jemaah hendaklah melaksanakan tawaf Wida’ sebelum berangkat ke MADINAH. Jadual bertolak ke Medinah pada JAM 10.00 pagi.
5.00 PETANG – Insyallah dijangka tiba di Medinah, Jemaah terus dibawa ke Hotel masing-masing mengikut tempahan pakej & beristirehat.
Tiba di MADINAH, Jemaah akan diberi taklimat berkaitan jadual solat/ziarah Rasulullah SAW/DLL.
HARI 07 MADINAH - ZIARAH DALAMAN (B/L/D)
7.00 PAGI – Selepas sarapan pagi, para Jemaah akan dibawa ke Masjid Nabawi dengan menziarahi Maqam Rasulullah SAW dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’. Jemaah muslimat akan dibantu oleh Mutawwifah untuk ziarah Raudhah.
Selesai ziarah, Jemaah bebas melakukan ibadah di Masjid Nabawi.
HARI 08 MADINAH - ZIARAH LUAR (B/L/D)
Selepas sarapan pagi, para Jemaah akan dibawa menziarahi KOTA MADINAH dengan diiringi oleh Mutawwif. Tempat-tempat lawatan adalah MASJID QUBA’, JABAL UHUD, MASJID QIBLATAIN, MASJID TUJUH (Medan Perang Khandak) dan LADANG KURMA.
Selepas ziarah, Jemaah bebas melakukan ibadah di Masjid Nabawi.
HARI 09 MADINAH (B/L/D)
Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah sunat.
HARI 10 MADINAH (B/L/D) ziarah sirah
7.00 PAGI – Selepas sarapan pagi, para Jemaah akan dibawa menziarahi sekitar kawasan Masjid Nabawi seperti Ziarah Ashabul Suffah, Raudhah, Telaga Tolhah B.Abdullah, Rumah Sayyidina Osman, Masjid Abu Bakar, Masjid Sayyidina Ali, Masjid Bilal B.Rabah, Masjid Ghumamah dan Tsaqifah bani Sa’idah.
8.00 MALAM – Selesai solat Isyak, para Jemaah akan diberi taklimat persiapan pulang ke tanah air.
HARI 11 MADINAH/KUALA LUMPUR (B/L)
Sebelah pagi, para Jemaah bebas melakukan ibadah di Masjid Nabawi sementara bertolak ke Airport Madinah (4) JAM sebelum berlepas.. Jemaah diminta untuk melaksanakan ziarah Wada’ sebelum meninggalkan Madinah.
HARI 12 KUALA LUMPUR
Dijangka tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan manis dan umrah yang makbullah
** Semua aturcara / jadual penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan tanpa NOTIS.