Syaza Travel & Tours

Qurban 2020/1441H  ( SYZ-0142 )

Madinah dan Mekah

Ibadah korban ialah penyembelihan binatang korban yang dilakukan pada Hari Raya Haji iaitu selepas solat sunat Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyriq 11, 12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t., iaitu untuk menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w..

Kami menyediakan Khidmat Qurban di Tanah Suci yang akan dilaksanakan di Madinah Al-Munawarah dan Mekah Al-Mukarramah.

KORBAN
============

Bilakah Waktu Perlaksanaan Korban :

Bermula waktu korban setelah terbit matahari pada hari raya Aidil Adha, iaitu pada 10 zulhijjah, dan berlalu waktu setelah terbit matahari sekadar dua rakaat sembahyang hari raya dan dua khutbah yang ringkas, jika disembelih sebelumnya maka tidak sah.

Diriwayatkan oleh Bara’ bin Azib RA bahawa Rasul SAW bersabda :
‘Pertama sekali yang kami mulakan pada hari ini ialah sembahyang hari raya, kemudian kami pulang, kemudian kami menyembelih, sesiapa yang melakukan sedemikian itu ia menepati sunnah kami, dan sesiapa yang sembelih sebelum yang demikian itu maka ia adalah daging yang disedekahkan kepada keluarganya, dan tiada daripadanya sesuatu ganjaran ibadah’.

Berterusan waktu korban hingga akhir hari-hari tasyriq, iaitu selama empat hari.

Riwayat dari Jubair Bin Mut’im: bahawa Rasul SAW bersabda:
‘Hari-hari tasyriq itu semuanya waktu sembelih’.

Team kami berpengalaman lebih 7 tahun dalam menguruskan ibadah Qurban di Tanah Suci. Ibadah Qurban akan dilaksanakan oleh petugas kami dan akan diagih-agihkan kepada Jemaah Haji miskin dari seluruh dunia dan penduduk asnaf fakir miskin di Tanah Suci.

Kami menawarkan harga korban yang terendah untuk menggalakkan umat islam di Malaysia supaya tidak terlepas menyertai ibadah korban setiap tahun di Tanah Suci.

SEEKOR KAMBING

Seekor Biri-biri/kibas berumur setahun masuk kedua yang sesuai untuk dijadikan Qurban. Harga  termasuk kos sembelihan, lapah dan potong ketul.

HARGA
RM 500
SATU BAHAGIAN UNTA

Satu bahagian dari unta berumur 5 tahun masuk ke 6 tahun yang sesuai untuk dijadikan Qurban.. Harga termasuk kos sembelihan, lapah dan potong ketul.

HARGA
RM 680
  • NOTA PENTING

    Apakah maksud badal haji/upah haji?

    Badal ertinya “Ganti”, “Pengganti”, atau yang “Digantikan”. Menganti oleh kerana mempunyai penyakit yang tidak ada harapan sembuh seperti penyakit kronik yang disahkan oleh doktor, usia tua (uzur) atau kematian ( berkemampuan dari segi kewangan semasa hayatnya.

    Apakah dalil upah haji?

    1. Haji adalah salah satu rukun Islam. Ia disenaraikan bersama dengan mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan berpuasa pada bulan Ramadan.

       

       

      Kefarduannya jelas berdasarkan al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w. Firman Allah dalam surah Ali Imran, ayat 97 bermaksud: (Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkar akan kewajipan ibadah haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk).

    2. Hadis Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa seorang wanita dari Khas`am datang menemui Nabi s.a.w. dan berkata: “Wahai Rasulullah! Di antara amalan-amalan yang difardukan oleh Allah ke atas hamba-Nya ialah haji yang dikenakan ke atas bapa saya yang sudah tua dan tidak mampu menaiki kenderaan untuk melakukannya, bolehkah saya berhaji untuknya?” Jawab Rasulullah s.a.w.: ”Ya!” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    Siapakah pelaksana yang boleh menunaikan upah haji?

    Pelaksana yang  boleh menunaikan upah haji adalah mereka yang telah menunaikan haji untuk dirinya terlebih dahulu. Jika pelaksana haji tidak menunaikan haji bagi dirinya sebelum itu,, maka haji tersebut tidak sah.

    Apakah Syarat Badal Haji?

    Syarat-syarat seperti berikut:

    1. Tidak sah badal haji bagi seseorang yang mampu melaksanakannya.
    2. Sah badal haji  kepada mereka yang telah meninggal dunia dan mampu melaksanakan semasa hidup, orang yang sakit tidak ada harapan sembuh seperti penyakit kronik, hemodelisis dan lain-lain atau mereka tidak ada keupayaan untuk melaksana ibadat haji.
    3. Tidak harus seseorang itu melakukan badal haji kepada orang lain kecuali dia telah menunaikan haji untuk dirinya sendiri.
    4. Sah bagi wanita mengambil upah haji untuk lelaki dan sebaliknya.
    5. Bila mati seseorang itu dan dia memiliki wang, maka selayaknya dia dihajikan dengan diupah kepada orang lain dengan menggunakan wangnya sama ada dia berwasiat ataupun tidak.
    6. Seseorang yang meninggal dunia yang mempunyai wang dan hartanah maka selayaknya dibadalkan dengan mengunakan hartanya sama ada ia berwasiat atau pun tidak.
    7. Meraka yang mempunyai penyakit yang tidak ada harapan sembuh contohnya :-
    • Kencing manis tahap kritikal
    • Sakit yang perlu pada hemodealisis

     

    Meraka yang mempunyai penyakit yang tidak ada harapan sembuh contohnya :-

    Dibolehkan memberi badal haji kepada seseorang yang ingin melaksanakn badal haji dengan perantaraan pihak ketiga?

    Boleh, mesti dengan akad zimah atau zimah atau wakala pada pihak ketiga.

    Bagaimana cara untuk melaksanakan upah haji dengan Syaza Travel & Tours Sdn Bhd

    Bagaimana Cara Mendaftar?

    ★ Boleh dilakukan secara online di lelaman  www.syazatravel.com.my
    ★ Daftar di Pejabat kami di Ampang. Selangor atau Kota Bharu, Kelantan.
    ★ Anda juga boleh hubungi Wakil Jualan kami diseluruh negara.
    ★ Sila hubungi kami di talian +603 4296 2019  / +6011 400 16878

 Dikemaskini pada 11-09-2019

Kami Diiktiraf Oleh

  • IATA
  • MATTA
  • BUMITRA
  • Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL)
  • Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
  • Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR)
  • Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU)
  • Kementeriam Haj dan Umra Arab Saudi
  • Malaysia Truly Asia
  • Tourism Malaysia
  • PAPUH Malaysia
ISO 9001

Agensi Pelancongan Yang Bertaraf
ISO 9001:2008

Kepuasan pelanggan adalah fokas utama kami untuk meneroka setiap perubahan yang baru bagi memastikan mutu perkhidmatan kami sentiasa diyakini.

Kaedah Pembayaran
  • VISA
  • MasterCard
  • Maybank2u
  • CIMB Cliks
  • MOLPay
  • FPX
  Jom Langgani Newsletter Kami
Jadilah antara yang terawal untuk mendapat segala Promosi Pelancongan dan Umrah..

  Emel Pakej Ini
Qurban 2020/1441H (SYZ-0142)