Berikan hadiah terbaik untuk insan tercinta yang telah pergi menemui Ilahi dengan Badal Haji.
Kami menawarkan perkhidmatan Badal Haji, Badal Umrah, Qurban, Aqiqah & Dam di Tanah Suci Mekah dan Madinah dengan harga yang berpatutan.
Di manalah syurga kalau bukan di bawah tapak kaki seorang ibu.
Apalah erti pengorbanan kalau bukan seorang ayah yang membanting tulang seharian demi mencari sesuap nasi.
Sibuk menjamin kesejahteraan keluarga, mereka mengorbankan peluang mereka untuk berkunjung ke Tanah Suci.
Segalanya demi mendahulukan perbelanjaan untuk anak-anak yang dikasihi.
Apabila usia mereka sudah sampai ke waktu senja, mereka sudah tidak lagi punyai kudrat atau masa untuk menjalankan ibadat Haji mahupun umrah.
Kemudian mereka pergi menghadap Yang Esa, sebelum sempat mereka merasai kemanisan beribadat di Tanah Suci.
Sebagai anak yang soleh atau solehah, kita perlulah memastikan kesejahteraan mereka di akhirat kelak.
Dengan upah Haji, dapatlah kita membantu mereka untuk melengkapkan rukun Islam yang ke lima walaupun setelah mereka pergi meninggalkan kita.
Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman.
Cenderahati Badal Haji yang ekslusif:-
1. Sijil Pengesahan Badal
2. Al-Quran Travel Rabbani
3. Antislip TRAVELING Prayer
4. Tasbih Digital Swaskoski
5. OUD DK MEN TOP DN perfume
6. Tudung Hizara / Topiah Muslim Legacy
7. Air Zam-Zam
Bonus: Beg kabin/bagasi untuk peserta terawal.
Cenderahati yang ingin dipos ke alamat waris setelah selesai semua urusan dilaksanakan.
Kami di Syaza Travel & Tours Sdn Bhd ada menyediakan perkhidmatan upah haji bagi ahli-ahli waris yang ingin menunaikan tanggungjawab mereka. Waris-waris Umat Islam yang berhajat untuk membuat tempahan Upah Haji bagi tahun Hijrah 1446H / Tahun Masihi 2025 dan PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG.
Hanya RM2,890 ( badal haji basic ) Sahaja untuk upah haji 2025. Bayaran Pendahuluan RM500 semasa mendaftar dan baki bayaran sebelum bermulanya Musim Haji.
Bagaimana Cara Mendaftar?
★ Boleh daftar di Pejabat kami di Ampang. Selangor atau Kota Bharu, Kelantan.
★ Anda juga boleh hubungi Wakil Jualan kami.
★ Sila hubungi kami di talian 0348200171
Apa Dokumen Yang Diperlukan?
Untuk Badal Haji kami perlukan nama si arwah, nama jemaah upah haji dan nama ibu si arwah
Semoga Allah s.w.t menerima Ibadah Badal Haji tersebut serta mengabulkan segala doa-doa yang disampaikan dan menempatkan Almarhum / Almarhumah dikalangan para Nabi serta orang-orang Soleh & Solehah di Syurga kelak.
PAKEJ BADAL HAJI PLUS 1446H Pakej Termasuk (Sijil Pengesahan Badal, Waqaf Al-Quran, Air Zam-Zam beserta iringan 5 cenderahati terpilih yang menarik dan eksklusif plus Qurban sekor kambing di Mekah.)
PAKEJ BADAL HAJI STANDARD 1446H Pakej Termasuk (Sijil Pengesahan Badal, Waqaf Al-Quran, Air Zam-Zam beserta iringan 5 cenderahati terpilih yang menarik dan eksklusif.)
Ijab dan qabul ini dilakukan sebagai salah satu persetujuan di antara bakal pelaksana dengan pihak yang diwakilkan dan merupakan salah satu syarat badal haji yang wajib dipatuhi. Waris si mati atau pihak yang mewakilkan: “Aku mewakilkan engkau untuk mengerjakan fardhu haji bagi diriku/ ibuku /bapaku/ anakku pada tahun ini kerana Allah Taala”. Pelaksana badal haji: “Aku terima wakil untuk mengerjakan fardhu haji bagi dirimu/ ibumu /bapamu/ anakmu pada tahun ini kerana Allah Taala”.
Dikemaskini pada 26-09-2024
Kami Diiktiraf Oleh
Agensi Pelancongan Yang Bertaraf ISO 9001:2008
Kepuasan pelanggan adalah fokas utama kami untuk meneroka setiap perubahan yang baru bagi memastikan mutu perkhidmatan kami sentiasa diyakini.